Friday 18 May 2012

Selamat Datang Ke Laman Blog Klinik Kesihatan Kerdau

KLINIK KESIHATAN KERDAU

LCD Text Generator at TextSpace.net




Pengenalan

Klinik Kesihatan Kerdau iaitu yang pada asalnya adalah klinik desa kerdau telah dibina pada tahun 1967 dengan kos perbelanjaan banyak RM40000 yang terdiri daripada sebuah bangunan klinik dan dua unit kuarters. Ia dibina dengan tujuan untuk mencapai matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memudahkan penduduknya mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih berkesan serta dapat meninggikan taraf kesihatan penduduk khususnya kawasan luar bandar. Klinik ini mula beroperasi sejak tahun 1953 tanpa perasmian oleh mana-mana wakil penduduk.




Lokasi dan Jarak

Terletak di jalan Temerloh - Jerantut iaitu di dalam mukim Kerdau. Jarak dari Klinik Kesihatan Kerdau ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh ialah dalam lingkungan 26 km manakala ke Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh ialah 21 km. Klinik ini juga terletak berhampiran dengan kemudahan kesihatan yang lain seperti Klinik Desa Lipat Kajang dengan jarak 8 km manakala Klinik Kesihatan Sanggang dengan jarak 16 km dari Klinik Kesihatan Kerdau. Klinik Kesihatan Kerdau juga turut menjadi naungan kawasan operasi bersama Klinik Kesihatan Sanggang.

Jumlah Penduduk dan Kampung Di Bawah Kawasan Operasi

Jumlah penduduk di kawasan operasi adalah 4534 iaitu anggaran dalam tahun 2010 manakala penduduknya adalah berbangsa Melayu sebanyak 70%, yang sebilangan kecilnya kaum Cina dengan jumlah 486 orang (10.7%) dan seterusnya kaum Orang Asli dengan jumlah 520 orang (11.5%) dan akhir sekali kaum India dengan jumlah 346orang iaitu sebanyak 7.6%. Kawasan operasi klinik ini meliputi 18 buah kampung dan dua buah ladang.




LCD Text Generator at TextSpace.net