Doa Harian Pagi
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim
Pada pagi yang mulia ini
Kami mengulangi azam dan janji kami kepada-Mu
Untuk melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab kami
Dengan tekun dan rajin serta penuh keyakinan
Supaya setiap tugas kami laksanakan
Akan berkesudahan dengan kejayaan yang cemerlang jua akhirnya
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami berjanji seterusnya
Akan memperkukuh perpaduan dan kemesraan kami
Bekerja sebagai satu pasukan dengan penuh Muhibah dan rela hati
Kami sedar dan insaf Ya Allah
Bahawa tugas yang kami laksanakan ini merupakan ibadat untuk-Mu jua
Ya Allah Ya Rabbal Alamin
Pada pagi ini jua
Kami menadah kedua-dua belah tangan ini
Memohon restu daripada-Mu
Agar diampunkan segala dosa kami, dosa kedua-dua ibu bapa kami
Pelanggan-pelanggan kami serta muslimin dan muslimat
Berikan kami petunjuk dan hidayah
Semoga kami akan sentiasa mematuhi segala suruhan-Mu Dan menjauhi segala larangan-Mu
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Engkau satukan hati kami
Engkau kukuhkan perpaduan kami
Engkau tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kami
Supaya dapat terus berbakti dan membudayakan kualiti dalam perkhidmatan kami
Amin Ya Robbalalamin